Hafiz (AF7) Tepis Dakwaan Telah Temui Pengganti Adira. Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.
Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.
"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.
"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.
Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya. Foto Ohbulan.com
"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.
"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.
"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.
sumber: mStar
No comments:
Post a Comment