Baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.
Murai Batu sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?
Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.
Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.
Apa sekalipun, Murai Batu merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.
Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.
kredit: murai dan mediamalaya
No comments:
Post a Comment