Thursday, February 23, 2012

YUSRY DAN LISA SURIHANI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.


Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.



Lagi gambar pernikahan akan menyusul.

No comments:

Search This Blog

Labels