Bertempat di MBO, Space u8 Bukit Jelutong, Shah Alam, aktres popular, Neelofa telah pun mengadakan sesi menonton wayang filem 'Azura' bersama lebih kurang 30 anak yatim yang didatangkan khas dari Rumah Al-FAiz, Gombak.
Ditanya mengenai sesi tayangan bersama anak yatim itu, Neelofa yang juga merupakan pelakon utama filem tersebut memberitahu ia merupakan niat yang sudah lama mahu dilakukannya.
"Sudah lama Lofa rancang menjemput anak yatim untuk bersama-sama menonton filem pertama lakonan Lofa. Jadi, bila ada peluang sudah pasti Lofa tidak akan lepaskan kesempatan untuk mengisi masa bersama mereka," kata Lofa.
Selain itu, pembaca Media Hiburan seramai 30 orang turut hadir menyaksikan filem tersebut bersama-sama anak yatim yang dijemput khas. Apa yang menariknya, Lofa turut diraikan pada malam bersempena dengan hari jadinya.
Kredit kepada: Media Hiburan
No comments:
Post a Comment