Friday, February 3, 2012

KHAIRUL FAHMI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN LEUNIEY NATASHA

Scandal terbaru Khairul Fahmi hanyalah kabar angin semata-mata. Mungkin anda sudah terdengar gossip terbaru yang menimpa ikon kesayangan kita  ni. Kesian kat Apex, hari-hari kena buli dan difitnah oleh media massa dan media baru seperti Facebook dan blog.


Adakah gadis ini scandal terbaru Apex?!? Namanya Leuniey Natasha. Adakah benar dia adalah girlfriend terbaru Apex? Semestinya bukan!!

Khairul Fahmi @ Apex sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa2 hubungan dengan gadis ini dan ternyata gossip ini adalah tuduhan liar yang berniat untuk menjatuhkan kredibiliti Khairul Fahmi sekali lagi.

Sekarang ini Apex sedang bersiap sedia untuk berjuang menentang Bahrain pada 5 Febuari 2012 ini. Namun sesetengah pihak sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Khairul Fahmi.


Sudah-sudahlah… Carilah gossip-gossip yang lain pula.. Kami di Kelab Peminat Khairul Fahmi lebih rapat dan arif tentang Apex. Oleh itu, kamilah sumber maklumat yang lebih dipercayai daripada sumber-sumber Internet diluar sana.

Sama-samalah kita mendoakan agar Apex dan skuad negara berusaha mati-matian bagi mengembalikan maruah bola sepak negara di Bahrainn nanti. Sudah-sudahlah dengan gossip ni.. Kita bagi sokongan tanpa berbelah bagi kepada Apex dan skuad Harimau Muda Malaya untuk sukses di Bahrain nanti.. Adios

Khairul Fahmi Resources
MyKhairulFahmi.com

No comments:

Search This Blog

Labels