Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC. Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.
Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.
Menurutnya, Safee turut mendapat penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut. Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).
LATAR BELAKANG
Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Tempat lahir: Selangor
Tinggi: 1.70 meter
Posisi permainan: Penyerang
Kelab terkini: Pelita Jaya FC
Nombor jersi: 55
Kerjaya senior:
2003-2005 (Kuala Lumpur FA)
2005-2006 (Sarawak FA)
2006-2011 (Selangor FA)
2011 (Pelita Jaya FC)
2012-2013 (Pelita Jaya FC)
Pasukan kebangsaan:
2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)
2007 (Malaysia)
Anugerah:
- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )
No comments:
Post a Comment