Monday, December 19, 2011

FARHAN AF4 DAN RASHDAN BERTUNANG FEBRUARI 2012

Farhan Azizan Bertunang Februari Depan

Portal Murai telah berkesempatan bertemu dengan Farhan ketika majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz dan pasangannya Ana Dahlia. Farhan berkata dia sangat gembira apabila dapat memenuhi permintaan teman baiknya itu iaitu sebagai pengapitnya ketika majlis resepsi berkenaan.

"Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.

"Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu," katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.


Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

"Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin," katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepada portal murai.


Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.

Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua.

sumber: portal murai.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels