Tuesday, December 20, 2011

ISTERI ZED ZAIDI HAMIL, TAHNIAH!

Tahniah! Isteri Zed Zaidi Hamil!


Pagi tadi, kira-kira 9.30 pagi, Zed berkongsi status lewat laman Facebook dan Twitternya memaklumkan dirinya menemani isteri tersayang, Nelly Natalia berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada isterinya itu hamil, barangkali isterinya sejak kebelakangan ini menunjukkan simptom-simptom hamil.

Ternanti-nanti juga sebarang khabar berita dari aktor berbakat dan peramah ini, dalam hati berdoa moga-moga doa dan impian pasangan ini termakbul, tup tup, empat jam yang lalu, Zed dengan penuh teruja berkongsi khabar gembira lewat laman Twitter-nya memberitahu para peminatnya, bahawa isterinya disahkan hamil enam minggu lima hari, maksudnya usia kandungan sudah menginjak sebulan lebih.











Tahniah bulanpurnama ucapkan kepada Zed Zaidi dan isterinya. :)

kredit: ohbulan!

No comments:

Search This Blog

Labels