Wednesday, December 21, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011 CARA SMS

Semakan Keputusan PMR 2011 22 Disember 2011 melalui mySMS

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis (22 Disember 2011) ini.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.


"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA


Semakan Keputusan PMR 2011 SMS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan PMR 2011 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).



kredit: beliamuda.com

UPDATE: PMR: 34,271 calon dapat gred A semua mata pelajaran

PUTRAJAYA 22 Dis. - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini. - BERNAMA

Tahniah diucapkan! 

No comments:

Search This Blog

Labels