Wednesday, December 21, 2011

GAMBAR SEKITAR RAPTAI PENYAMPAIAN PINGAT DATO' AC MIZAL DAN EIZLAN YUSOF

Gambar: Sekitar Raptai Istiadat Penyampaian Pingat Dato’ AC Mizal & Eizlan Yusof

Pengacara dan usahawan AC Mizal, 41, mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

Pengesahan AC itu sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.


Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.

"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.

AC Mizal ditemui pada sidang media majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, mface di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, malam Rabu.


Peminat dunia gossip di forum terhebat satu Malaysia, Cari berjaya mendapatkan beberapa keping foto sekitar raptai untuk majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Pahang.

Raptai penuh majlis istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran ini berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.




sumber artikel: mStar dan rotikaya
kredit gambar: forum Cari

No comments:

Search This Blog

Labels