Saturday, December 24, 2011

UMIE AIDA DAN JOHAN ASAARI BERJOGET DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

Umie Aida & Johan As'ari Berjoget Di Taman Tasik Titiwangsa

Pengarah drama terkenal, Erma Fatima kembali dengan air tangan terbarunya yang berjudul Ajaibnya Cinta untuk slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini. Drama komedi itu bakal menggandingkan adiknya sendiri, Umie Aida dengan hero pelapis yang menyerlah tahun ini, Johan As’ari. 

Menariknya drama komedi ini apabila Umie dan Johan bergandingan buat pertama kalinya dalam sebuah drama yang mengisahkan gelagat perempuan berusia apabila bercinta dengan orang muda atau istilah yang digunakan generasi muda, “anak ikan”.


Tawaran memegang peranan sebagai Fatin, seorang janda kaya anak satu itu diterimanya dengan bersyarat iaitu tidak mahu watak janda berhias itu digambarkan sebagai seorang yang hanya cantik sahaja.

“Bukannya Umie demand tetapi Umie mahukan watak tersebut tidak klise. Umie beritahu Erma, kalau setakat watak janda kaya anak satu yang cantik, Umie akan tolak. Kalau mahu Umie berlakon, watak Fatin itu perlu Nampak buruk.”

Telefilem itu merupakan penampilan sulungnya dipasangkan dengan hero pelapis sebutan ramai masa kini iaitu Johan. Tambah Umie, dia tidak berdepan dengan masalah berlakon di sisi Johan dan kagum dengan bakat yang dimiliki pelakon drama Juvana itu.

“Johan memegang watak Affendi dan dia boleh dianggap berjaya membawa watak itu dengan baik. Dia bagus dan berdisiplin. Dia pelakon baru tetapi sudah mempunyai acuan lakonan yang senang untuk dibentuk. Wajahnya penuh kemelayuan,” kata Umie yang bakal memegang peranan utama dalam sebuah teater yang mengisahkan seorang tokoh wanita ternama negara pada tahun depan.

Telefilem Ajaibnya Cinta turut dibintangi pelakon Johan As’ari, Anzalna, Qi, Anne Abdullah dan Nadia Nissa. Drama komedi arahan Erma Fatima itu bakal ditayangkan pada Sabtu ini pukul 10 malam di TV3.




via: gua.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels