Sunday, December 18, 2011

GAMBAR SITI NURHALIZA ALA MADONNA DALAM MAJALAH GLAM

Gambar: Transformasi Siti Nurhaliza Persis Madonna Untuk GLAM Edisi Khas

Memang mengejutkan. Inilah satu sisi Datuk Siti Nurhaliza yang kita semua tidak ketahui tetapi berjaya dicungkil oleh para editor majalah GLAM. Siapa sangka Datuk Siti Nurhaliza mampu bergaya ala-ala Madonna untuk keluaran majalah GLAM Januari 2012.


Majalah GLAM edisi khas Januari 2012 berjaya menampilkan sesuatu yang berlainan dalam gaya penyanyi nombor satu negara ini — sofistikated.

Muka hadapan GLAM versi Dato’ Siti Nurhaliza ini di’ilhamkan dari penampilan Madonna menerusi lagu hits 80′an, Lucky Star.

Untuk edisi Januari 2012, GLAM akan menampil empat versi muka hadapan yang berbeza untuk koleksi peminat hiburan & fesyen Malaysia sebagai pembuka tirai tahun 2012 yang sangat di’nantikan.

Anda bagaimana? Setuju dengan penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza untuk GLAM Januari 2012 ini — atau anda sudah terkilan rambut beliau sudah berubah warna dan bukan bertudung? 

sumber: rotikaya

No comments:

Search This Blog

Labels