Tuesday, December 27, 2011

SITI NURHALIZA BERIADAH BERSAMA SUAMI DAN PEMINAT

Siti Beriadah Bersama Suami, Peminat

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, namun Dato’ Siti Nurhaliza sempat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama peminatnya, SitiZoners.

Bersempena dengan cuti panjang minggu lalu, Siti bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa telah menyertai aktiviti riadah bersama SitiZoners di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.


Difahamkan, program tersebut diadakan sempena ulangtahun ke-8 SitiZoners. Pelbagai aktiviti menarik dilakukan sepanjang hari Isnin itu. Antaranya pertandingan karaoke, treasure hunt, makan tengahari, sukaneka dan banyak lagi.

Siti dan suami dilihat begitu sporting apabila mereka tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam acara sukaneka yang diadakan. Lagi aksi sporting Siti bersama suami di bawah.










via: gua.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels