Leina Hangat Didakwa Jual Diri
Hanya kerana gambar tersebar luas di internet, penyanyi dangdut, Leina hangat dituduh sebagai artis yang sanggup menjual diri. Berdasarkan laporan akhbar Metro Ahad, penyanyi yang agak menyepi dari pena media ini terkejut apabila dirinya didakwa sanggup berkelakuan seperti pelacur.
Bagaimanapun, dengan rendah hati Leina atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi yang berlaku tatkala foto berkenaan diambil. Lebih berani lagi, penyanyi ini turut memohon jasa baik masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.
"Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.
"Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.
"Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya.
Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam.
Leina turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Malah, penyanyi ini memberitahu hanya menyanyi dan bergelek saja pada malam persembahan itu.
No comments:
Post a Comment