Gambar Kevin Zahri Sambut Krismas
Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.
Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook “fan page” milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.
“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.
“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk memadam gambar itu dari Facebooknya.
Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.
Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut.
Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam
Tambahnya: “Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham.”
Bagaimanapun beberapa minit selepas mStar Online menghubungi Kevin, gambar tersebut telah di padam dan Kevin menulis status barunya: “Saya meminta maaf dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar itu.”
Menyentuh tentang kariernya Kevin memberitahu dia sedang sibuk dengan beberapa seminar yang dikendalikannya.
Selain itu, dia juga mempunyai empat laman sesawang sendiri iaitu yang membicarakan tentang sukan dan penjagaan kesihatan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web.
via: forum cari dan mStar
No comments:
Post a Comment