Hatiku Di Kinabalu 25 Disember 2011 di Astro Citra
Pelakon Zul Ariffin telah berkahwin dengan Yana Shamsuddin dan Irma Hasmie menerusi telefilem Hatiku Di Kinabalu yang akan menemui penonton pada hari ini, pukul 10 malam.
Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Filem Astro, Shoba Devi, telefilem itu akan dsiarkan menerusi stesen Astro Citra dan gandingan tiga pelakon popular mampu menarik perhatian umum untuk menontonnya.
"Bukan sahaja menampilkan pelakon-pelakon popular, tetapi jalan ceritanya dan lakonan mantap mereka mampu meruntun jiwa penonton.
"Selepas kejayaan beberapa siaran telefilem menerusi saluran kami san mendapat pengiktiran memenangi beberapa anugerah seperti Sanggul Beracun dan Apa Dosaku, para penonton sudah meletakkan suatu penanda aras dan harapan untuk setiap karya yang kami tonjolkan.
"Justeru itu, pihak kami akan memastika karya itu berkualiti dengan menitikberatkan skrip dan jalan cerita, sinematografi serta pemilhan pelakon terbaik usebelum menayangkan kepada penonton.
Telefilem selama 90 minit yang diarahkan oleh MJ Woo ini mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.
Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.
Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.
Jangan lupa untuk Like Page Hatiku Di Kinabalu untuk info-info terkini. :)
Promo Hatiku Di Kinabalu
via: mStar
Download Hatiku Di Kinabalu
Hatiku Di Kinabalu (2011)
Download Part 1
Download Part 2
No comments:
Post a Comment