Sunday, December 25, 2011

SENARAI PESERTA RAJA LAWAK 6

Raja Lawak Musim ke-6

Raja Lawak adalah rancangan untuk mencari bakat-bakat komedi yang baru di negara ini. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan.


Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Di dalam program ini juga di paparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberika. Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka.

Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.


No comments:

Search This Blog

Labels