Wednesday, December 14, 2011

GAMBAR SUAMI DAN ANAK KEDUA AYU

Comelnya anak Ayu Damit

Penyanyi Ayu Damit pernah cakap kat media yang dia tak mahu memperkenalkan suami dan anak-anaknya. Baginya itu perkara peribadi. Malah suaminya juga tiada masalah dengan pendiriannya itu.

Tapi Ayu, 21,  dan suami, Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24, ada memuatkan gambar anak-anak mereka dalam laman sosial. Inilah wajah suami Ayu dan anak-anaknya. Ayu dah ada dua anak.


Yang besar namanya Syed Nashrul Haikal. Agaknya dah nak masuk dua tahun umurnya. Si kecil, Syarifah Alya Adriana lahir Julai lalu. Makin bahagia nampaknya Ayu dan suami. Baguslah. Walaupun pernikahan mereka yang dibuat secara sembunyi pernah menggemparkan, namun tiada sebab untuk mereka tidak bahagia.


Lihatlah kemesraan Ayu dan suaminya. Agaknya ramai peminat yang belum menatap wajah suami Ayu. Bukan sahaja tak muncul dalam majlis bersama-sama Ayu, malah dia juga tak pernah diperkenalkan secara rasmi. Itu pendirian Ayu.

COMEL ANAK KEDUA AYU. MIRIP IBUNYA.

Salut dengan ketabahan Ayu menjalani hidup bila macam-macam gosip melandanya. Semoga Ayu akan kembali hangat dengan lagu-lagu barunya.

sumber dipetik: ManggaOnline

No comments:

Search This Blog

Labels