Thursday, December 22, 2011

FAZLEY YAAKOB TERIMA ANUGERAH DATO' - TAHNIAH

Fazley Yaakob Turut Menerima Anugerah Dato’ Daripada Sultan Pahang

Nampaknya bukan AC Mizal dan Eizlan Yusof sahaja yang menerima anugerah Dato’ daripada Sultan Pahang, Fazley Yaakob juga turut mendapat gelaran tersebut. [AC MIZAL DAN EIZLAN  TERIMA ANUGERAH DATO']


Darjah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan yang berlangsung pada petang tadi. Tahniah diucapkan!


Anda boleh ucapkan tahniah kepada Dato’ Fazley Yaakob menerusi Twitter Fazley Yaakob.


Pengacara televisyen Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal (kiri) bersama kawanya Datuk Idris Md Yusof atau Eizlan Yusof menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk. Ia disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Khamis.

No comments:

Search This Blog

Labels