Bayaran penulis novel Ombak Rindu tak setimpal
Kehebatan yang ada pada filem Ombak rindu tidak perlu disangkal lagi apabila berjaya mendapat kutipan 4 juta dalam masa 4 hari. Pemilihan novel ini sememangnya pilihan yang tepat kerana Ombak rindu yang diterbitkan oleh Alaf 21 telah dicetak semula sebanyak 23 kali sejak tahun 2000. Dibarisi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan maya Karin pasti memerlukan pelaburan yang banyak dari pihak penerbit Tarantella yang dipelopori pengarah ternama Sharad Shadan selaku penerbit filem ini.
Bermula dengan isu penulis asal novel Ombak Rindu Fauziah Ashari yang ditemui ketika sidang media yang lepas agak kecewa dengan pihak produksi kerana tidak memanggil penulis untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip hatta penulis skrip.Ini kerana, selaku pemilik idea asal, mereka lebih mengetahui isi dan memahami jalan cerita novel itu sendiri.
Kini isu bayaran tidak setimpal telah disuarakan oleh penulis novel yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem Ombak Rindu ini.
Tiada apa yang tinggal. Kata Fauziah lagi " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa surihani " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel." Ujar penulis.
sumber: tupai.com.my
No comments:
Post a Comment