Saturday, December 3, 2011

MUSA HASSAN BUKAN SUAMI SYELLA KAMARUDDIN

Penjelasan Musa Hassan Bukan Suami Syella Kamaruddin

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin. Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.

Haa, tengok foto ni. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe.

Dalam petikan akhbar tersebut, Musa Hassan menyatakan bahawa:

Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama. Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.


sumber: beautifulnara

No comments:

Search This Blog

Labels